Allah is the best listener

Saturday, December 28, 2013

Kalendar Puasa 2014


Firman Allah Ta’ala :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Maksudnya : “ Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”. 
(Surah Al-Baqarah Ayat 183)

Dari Jabir ra. bahawa Nabi s.a.w bersabda :
Puasa itu perisai yang dipergunakan seorang hamba untuk 
membentengi dirinya dari siksaan neraka
(HR Ahmad)


Saturday, December 21, 2013

Hanya Allah Yang Tahu Apa Yang Terbaik Untuk HambaNya

Melepaskan sesuatu dengan ikhlas :)


ALLAH ambil sesuatu yang kita suka sebab ALLAH nak ganti dengan sesuatu yang lebih baik. ALLAH tahu mana yang terbaik untuk kita. Mungkin ada sesuatu yang indah di mata kita dan sangat sukar untuk kita lepaskan ia sehingga menitis air mata untuk melepaskan tetapi ia sebenarnya memudaratkan kita. 

Sesuatu yang baik untuk kamu, pasti ALLAH akan permudahkan, pasti akan membuat hatimu sentiasa tenang. Sesuatu yang sentiasa membuat hatimu gusar, sedih, dan rasa semakin jauh dengan ALLAH, sedang kamu amat menyayangi dan mencintainya maka, jika ALLAH menjauhkan kamu dengannya atau mungkin mengambilnya dari kamu, pasti ada hikmah yang tersirat. Kerana ALLAH mahu menyelamatkan kamu dan hatimu. 


>>> Carilah hikmah di atas sesuatu takdirNYA. 
Mana mungkin ALLAH mentakdirkan sesuatu itu sia-sia <<<

Wednesday, December 18, 2013

Sunnah Nabi Muhammad S.A.W pada waktu malam


Sedikit Perkongsian :

1)sunnah baca surah mulk dan sajadah selepas maghrib selamat dari seksa kubur in sha Allah.

2)sunnah baca yasiin selepas isya tiap malam

3)dibenarkan lambat solat jemaah isyak jika ada kepentingan agama (seperti ceramah agama atau mesyuarat agama)

4)sunnah juga baca surah waqiah tiap malam,tak kan fakir orang yang istiqamah membacanya.

5)sunnah iktikaf di masjid lepas magrib sampai isyak,Allah akan bina mahligai di syurga.

6)sunnah buat solat awwabin 6 rakaat lepas solat ba'diah magrib.

7)sunnah baca surah kahfi pada hari jumaat (bermula lepas maghrib khamis)

8)sunnah solat sunat witir tiap2 malam (dalam mazhab hanafi wajib buat tiap malam).

9)sunnah berwudhu untuk tidur

10)sunnah kibaskan tempat tidur dengan kain dari tempat letak kepala menuju ke kaki dengan 3 kibasan dan setiap kibasan dibaca lahaulawalaquwwataillabillah.

11)sunnah pakai celak sebelum tidur.

12)sunnah pakai minyak zaitun,sapu di kening,janggut dan rambut sebelum tidur.

13)sunnah niat qiamulail untuk tahajud sebelum tidur.

14)sunnah maafkan semua orang dan doakan semua orang sebelum tidur.

15)sunnah baca 3 qul dan tiupkan ke tapak tangan,kemudian dengan sedikit isyarat ludah ke tangan,lalu disapukan dari kepala,seluruh badan,sampai kaki,ulang 3 x.

16)sunnah baca ayat kursi untuk perlindungan

17)sunnah baca tasbih fatimah sebelum tidur (33 subhanallah,33 alhamdulillah,34 allahuakbar).

18)sunnah baca doa2 sebelum tidur (malas nak tulis,pergi carik sendiri dalam kitab doa)

19)kalau tak boleh tidur,sunnah baca doa tak boleh tidur.

20)kalau mimpi buruk,buat isyarat ludah 3x ke belah kiri selepas baca ta'awuz (a'uzubillahiminasyaitonirrojim),kalau mimpi baik,bangun dan solat hajat agar ia berlaku,jangan cerita mimpi buruk kat orang.


ada banyak lagi, ,tapi cukuplah sekadar ini dahulu ye .


semoga Allah ampunkan kita In sha ALLAH
---------------------------

MAKANAN KEGEMARAN RASULULLAH S.A.W


1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5.
Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6.
Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.

7.
Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8.
Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9.
Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10.
Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11.
Air
– Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

“Hati yang bersih dapat melahirkan pemikiran yang waras. Maka, ‘suapkanlah’ ia dengan makanan dari sumber yang halal dan berkhasiat.” ~Wallahullam

Syahid di JalanMu, Ya ALLAH

Dengan Izin Mu Ya ALLAH

Malaikat Maut melawat kita 70 kali sehari

Dlm masa 24 jam malaikat maut akan melihat setiap manusia sbyk 70 kali. Andainya manusia sedar hakikat tersebut, nescaya dia tdk akan lalai mengingati mati. Disebabkan malaikat maut makhluk ghaib, manusia tdk dpt melihat kehadirannya. Justeru, tdk hairan jika ramai manusia yg masih mampu besenang lenang, riang ria & bergelak ketawa, seolah-olah mrk tiada masalah yg perlu difikir & direnungkan dlm hidupnya.

Sebuah hadis diriwayatkan Abdullah bin Abbas r.a. bahawa Rasulullwah SAW bersabda bermaksud: "Malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di atas muka bumi ini 70 kali dlm sehari. Ketika Izrail dtg merenung wajah seseorg, didapati org itu ada yg sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: "Alangkah hairannya aku melihat org ini, sedangkan aku diutus Allah SWT utk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok & bergelak ketawa."

Kata ulama, sakit tenat ditanggung seseorg, sbnrnnya satu rahmat bg mrk yg beriman & sabar. Allah SWT memberi peluang & menyedarkan manusia dgn kesakitan supaya mrk mengingati mati. Utk itu hasil drpd peringatan itu membolehkan seseorg itu menggunakan masa atau usia yg ada utk mmbetulkan kesilapan & bertaubat serta memperbaiki amalan bg menambah bekalan utk menghadapi alam terakhir setelah diuji di dunia.

Betapa malangnya bg pandangan org soleh itu jika Allah SWT mengambil roh dgn tiba-tiba tanpa sebarang amaran terlebih dahulu. Keadaan org spt ini ibarat org yg tdk menyedari adanya bahaya di hadapannya, jika tiada amaran terlebih dahulu nescaya dia akan menjerumus ke lembah bahaya itu.

Firman Allah SWT bermaksud: "Tiap-tiap umat menpunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mencepatkannya" (Surah Al-A'raf - Ayat 34)

Maka persiapkanlah dirimu..

Thursday, December 12, 2013

Muhasabah CintaMu


Musafir Kasih
DOA.... 
"Barang siapa yang menadahkan tangannya dan berdoa, Allah tidak akan membiarkan tangannya itu kembali kosong"  
-Habib Ali Zainal Abidin-

~✿...Betapa penyayangnya Allah pada kita. Saat kita meminta, tak pernah DIA membiarkan tangan yang kita minta ini kosong. Jangan pernah jemu minta pada ALLAH. Allah pasti akan memberinya pada kita. Jika bukan sekarang, akan datang. Jika bukan akan datang, di syurga kelak. Jika Dia tidak memberi apa yang kita minta, itu bermakna Dia mahu memberi yang lebih baik dari itu...✿~

>>> Tiada yang Dia takdirkan sia-sia.. Terima kasih, ALLAH! Alhamdulillah. (✿◠‿◠)
 

Tuesday, December 10, 2013

pasti!!! In Sha Allah

to --> Nasrullah
Apabila dua orang telah digariskan untuk dapat hidup 
bersama…
telah tertulis siapa yang menjadi Jodohnya dalam Kitab Lauhful Mahfudz maka…
sejauh apapun mereka…
sebanyak apapun rintangan yang menghalangi…
sebesar apapun beza diantara mereka…
sekuat apapun usaha dua orang tersebut untuk menghindarkannya…
meski mereka tidak pernah komunikasi sebelumnya…
meski mereka sama sekali tidak pernah membayangkan sebelumnya…
meski mereka tidak pernah saling bertegur sapa…
PASTI !!!!!!!!!
PASTI tetap saja mereka akan bersatu….
seakan ada magnet yang menarik mereka…
akan ada hal yang datang…
untuk menyatukan mereka berdua…
akan ada suatu kejadian…
yang membuat mereka saling mendekat…
dan akhirnya bersatu…
Aamiin ya Rabbal'alamin...

Monday, December 9, 2013

smile :)



Rindu????? Yes!!! sy rindu kat keluarge di kampung..
biase la, bile berjauhan dengan keluarge nim, rindu tu lebih2 skit..
yang paling pnting "lmbtnye balik umh"..
skrg bru bln 12, bln 1 bru bleh balik,, adoiii. rindu GANU eh!!!
Harap ahli keluarge berada dlm keadaan sihat sejahtera selalu ye..
anaknda mu ini sllu mendoakn yang terbaik utk mu :)
mood : nak balik!!!!!
#sabarlah wahai hati, sbulan jer agi..

Saturday, December 7, 2013

---> tErPaNah AsMaRa <---

Musafir Kasih & N.S

Mencintaimu
sesuatu yang tak biasa
aku hindari
begitu kuat perasaan
yangku rasakan
Dirimu hadir
disaat aku rindukan belaian
terpanah aku akan cinta
yang kau tancapkan
 
Dan kau bawa aku ke awan
menghias langit
merangkai bintang-bintang
menjadi sebuah kata
sebuah kata cinta
 
Seindah indahnya
bila tersentuh hangatnya asmara
sebentuk cinta yang kau beri
apa adanya
 
Dan tercipta pelangi jiwa
warnai hatiku
engkau anugerah terindah 
dariNya untukku
engkaulah kekasih
separuh jiwaku

KEUTAMAAN HAUQALAH ( LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHI )

Musafir Kasih


Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

“Siapa yang mengucapkan 'La Haula Wala Quwwata illa billahi,' maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit. Yang paling ringan adalah kebimbangan” (Hadis Riwayat Tabrani)

Berdasarkan hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa orang mukmin digalakkan untuk tabah dan berusaha merawat penyakit asalkan mengikut peraturan agama. Penyakit yang dimaksudkan itu ada terkandung dalam beberapa ayat al-Quran dan hadis dari Nabi صلى الله عليه وسلم.

Daripada Anas, bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم berdoa dengan doa:

“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari penyakit sopak, gila, penyakit kusta dan penyakit-penyakit yang berat.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

Apa yang penting pada hadis berkenaan ialah untuk menyatakan kelebihan dan manfaat besar kepada orang yang banyak menyebut "La Haula Wala Quwwata Illa Billah’" (yang bermaksud: Tiada daya dan kekuatan (untuk menolak sesuatu kemudaratan dan mendatangkan suatu yang manfaat) selain Allah subhanahu wa ta’ala).

Ucapan itu dinamakan "Hauqalah." Apabila kita ditimpa sesuatu yang kita tidak sukai, banyakkan menyebut "hauqalah."

Imam a-Nawawi berkata:

|| “La haula wa la quwwata illa billah”, itulah kalimah yang digunakan untuk menyerah diri dan menyatakan bahawa kita tidak mempunyai hak untuk memiliki sesuatu urusan. Ia kalimah yang menyatakan bahawa seseorang hamba tiada mempunyai daya upaya untuk menolak sesuatu kejahatan (kemudaratan) dan tiada mempunyai daya kekuatan untuk mendatangkan kebaikan kepada dirinya melainkan dengan kudrat iradat Allah subhnahu wa ta’ala juga."

Dalam sebuah hadis menyebut daripada Abu Zar radhiallahu’anhu, beliau berkata:

‘Aku berjalan di belakang Rasulullah صلى الله عليه وسلم, lalu baginda berkata kepadaku: “Wahai Abu Zar, mahukah aku tunjukkan kepada kamu satu perbendaharaan daripada beberapa perbendaharaan syurga? Aku berkata: "Mahu ya Rasulullah". Baginda bersabda: “La Haula wala Quwwata illa billah"’

Begitu juga hadis daripada Abu Musa radhiallahu’anhu, beliau berkata:

‘Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda kepadaku: “Mahukah aku tunjukkan salah satu perbendaharaan dari perbendaharaan syurga? Saya menjawab: “Mahu ya Rasulullah." Kemudian Baginda bersabda: "La haula wala quwwata illa billah.”’

Daripada Ibnu Mas’ud beliau berkata: “Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

"Wahai Muaz, apakah kamu tahu tafsir (maksud) La haula wala quwwata illa billah? 'Muaz menjawab: 'Allah dan rasul-Nya lebih mengetahui'. Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: 'La haula (tiada daya) dari menghindari maksiat kepada Allah melainkan dengan kekuatan Allah, wala quwwata (tiada kekuatan) atas mentaati Allah melainkan dengan pertolongan Allah subhanahu wata’ala. Kemudian Rasulullah صلى الله عليه وسلم menepuk bahu Muaz dan baginda bersabda: “Demikianlah yang diberitahu oleh kekasihku Jibril daripada Tuhan.”

Sebenarnya apabila kita banyak menyebut Allah subhanahu wa ta’ala atau berzikir mengingati-Nya sebanyak-banyaknya, ia mampu menjadi penyembuh, tetapi sekiranya kita banyak ingat kepada manusia ia boleh menjadi penyakit.

Sahabat yang dimuliakan,

Sepanjang kita hidup di dunia ini adakah kita pernah bertemu dengan perasaan gelisah, dukacita, kecewa, putus asa, forbia, bimbang, risau, takut dan panas baran? Sebagai manusia biasa pasti perasaan-perasaan tersebut pernah kita lalui. Sebenarnya sejauhmana kita mampu mengawal perasaan dan emosi kita adalah bergantung tahap keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah subhanahu wa ta’ala. Orang mukmin tidak akan putus asa daripada rahmat Allah subhanahu wa ta’ala.

Jika kuat iman kita dan keyakinan kita kepada janji-janji Allah subhnanhu wa ta’ala [dalam al Quran dan Hadis-Hadis Rasulullah ] maka semua masaalah akan dihadapi dengan tenang dan sabar dan sentiasa ingat kepada Allah subhanahu wa ta’ala.

Orang mukmin akan mengucapkan kalimah “La Haula wala Quwwata illa billah.”berulang-ulang kali insya Allah semua masaalah yang dihadapinya akan menjadi mudah dan dapat diatasi dengan tenang. Allah subhanahu wa ta’ala akan memberikan jalan penyelesaian dengan cara yang tidak di duga dan ini adalah rahmat Allah subhanahu wa ta’ala dan berkat atau kelebihan mengucapkan kalimah "hauqalah"

Friday, December 6, 2013

#Cik Kiut Miut#

Assalamualaikum...
Kenal x sape yg ade dlam gambaq tu?? hehe.
 tu laa Cik Heliza Helmi.. cute kan :)
gmbaq ni mase dye mai UUM, Sintok Kedah..
 Mase tu ade program dekat DPP MISC..
Sy pom join jge program nim..
Yang paling x ley lupe bile dpat dduk btol2 blakang cik Heliza
hehehe, maklumlah dduk atas kerusi VIP, haha
 Hari terakhir program ni, dyeorg ad buat ceramah bertajuk
 "Auratku Maruah Bukan Murah"..
 woowww, tajuk mmg menarik arw,
 ade plok pencerama kiut miut mcm Heliza plok..
 Smagt la nk g dgr cermah nim, hehehe, 
Tapi ape yg pnting nk kumpul ilmu tntang aurat.. 
UUM
 Yang paling sy xley lupe skli mse pencermh cute ckp,
Cik Heliza kate.....
 "Orang pakai tudung belum tentu die baik, 
TAPI orang baik mesti pakai tudung"
haaa.. betol tu, sy setuju.. 
ade jge dye cakp, klau boleh mase kluaq dari rumah pakailah pakaian yang boley bawe untuk solat, 
tu adalah pakaian yang sempurna.. :)
#nnti kalau ade prgrm mcm ni, harp jmput la lagi Cik Heliza nim,, best#

Thursday, December 5, 2013

6 Jenis Wanita Tidak Layak Dijadikan Isteri

1). Al-Anaanah
Banyak mengeluh. Selalu merasa tidak cukup (sempurna), apa yang diberi semua tidak cukup. Diberikan rumah tak cukup, diberi motor tak cukup, diberi kereta tak cukup. Selalu ingin memenuhi kehendak nafsu sendiri tanpa memperdulikan perasaan suami, tidak hormat kepada suami apalagi berterima kasih pada suami. Apa yang suami beri tidak pernah puas. Ada saja yang tidak cukup.

2). Al-Manaanah
Suka mengungkit. Kalau suami suka melakukan perkara yang dia tidak berkenan maka diungkitlah segala hal tentang suaminya itu. Sangat senang membicarakan suami dengan tajuk seperti tak ingat budi, tak bertanggungjawab, tak sayang, dll. Padahal suami sudah memberi perlindungan bermacam-macam padanya.

3). Al-Hunaana
Ingin pada suami yang lain atau berkenan kepada lelaki yang lain. Sangat suka membanding-bandingkan suaminya dengan suami / lelaki lain. Tidak redha dengan suami yang ada. (Naudzubillah)

4). Al-Hudaaqah
Suka memaksa. Bila ingin sesuatu maka dipaksa suaminya melakukannya. Pagi, petang dan malam asyik menekan dan memaksa suami. Adakalanya dengan berbagai ancaman seperti ingin lari, ingin bunuh diri, ingin membuat malu suami dll. Suami dibuat seperti kebudak-budakkan, bukan sebagai pemimpinnya. Yang dipentingkan adalah kehendak dan kepentingan dia saja.

5). Al-Hulaaqa
Sibuk bersolek, tidur atau santai-santai hingga lalai dengan ibadah-ibadah seperti solat berjemaah, wirid zikir, mengurus rumah-tangga, berkasih sayang dengan anak-anak, dll.

6). As-Salaaqah
Banyak bercakap, bergosip dan mengumpat. Siang malam, pagi petang asik bergosip saja. Apa saja yg suami kerjakan selalu tidak benar dimatanya.
 
 

~Kawan dunia & akhirat~

   
Musafir Kasih
  ~Carilah kawan yang selalu ade dengan kite, mase kite senang dye ade, mase kite susah pom dye tetap ade... itu baru "kawan" namenye :)

  ~Cari kawan yang selalu mendoakan kesejahteraan untuk kite, yang nie adalah "kawan" yang terbaik :)


#ni sahabat saye --> sha, fifah, mie, anis, zu, shima, tira, sha, rina, zety, iley, giey, su, yaya, aina, asma, aisyatu, inda, era, mimi, wawa, nomi, dan
ramai lagi la.. hehe

Tuesday, December 3, 2013

~Hadiah Terbaik~

Hadiah terbaik untuk seorang sahabat adalah "Doa"
Hadiah terbaik untuk seorang musuh adalah "Kemaafan"
Hadiah terbaik untuk seorang guru adalah "Kejayaan"
Hadiah terbaik untuk murid adalah "Tauladan"
Hadiah terbaik untuk sebuah kehidupan adalah "Kasih Sayang"
Hadiah terbaik untuk ibu bapa adalah "Kebaktian"
Hadiah terbaik untuk isteri adalah "Penghargaan"
Hadiah terbaik untuk suami adalah "Kesetiaan"
Hadiah terbaik untuk anak adalah "Pendidikan"
Hadiah terbaik untuk diri sendiri adalah "Kejujuran" 
Hadiah terbaik untuk sebuah kematian adalah "Al-Fatihah"
Hadiah terbaik untuk nabi Muhammad adalah "Selawat"
Hadiah terbaik untuk Allah SWT adalah "Ketaqwaan"

 
Musafir Kasih

Saturday, November 30, 2013

Berangan sampai ke bintang.... hehe

by : Musafir Kasih
Assalamualikum bakal imamku~
Chewwaaah, haha, angau ke ape aq nim ptg2 bute gni.. Stdy mlas, berangan jer keje, haha. bukan per, ttibe ingt kat bakal suami, aq harp dye la y akan jd suami aq nnty, InsyaAllah, AMIN~~ jom kite same2 berdoa yup " Ya Allah, seandainya Engkau catatkan dia milikku, satukanlah hatinya dengan hatiku".. Amin.. Dh lme x jumpe kn, ye laaa, sorg dduk lam "hutan", sorg dduk lam "laut". mcm mne la nk jumpe.. itu la, hebatnye perancangan ALLAH, bercinta jarak jauh, kihkih.. Walau pom jauh dimate, tapi ttap dekat dihati.. betol x??? btol kn... harap hubungan kami kekal hingge akhir hayat. walau om slalu gaduh, tpi ttap jge baik mula, hehe. bkn pe, sebenarnye, Allah nk uji kite je, sajauh mane kite nk bersabar dengan kerenah masing2. Sbb tu lam perhubungan ini, KESABARAN itu penting sgt3!!! si dye nim mmg suke sgt owg y kuat kesabaran nim. mcm aq la~~ haha(perasaan btol lah). k la, hrp "awak" bace "berangan sampai ke bintang" nim ea.
-->mase utk publish :)

Penghijrahan semata-mata untuk mendapat keredhaanNya

 
Assalamualaikum...
Just a litter note for u... hehe
Tadi ad terbaca sal aurat wanita kt Fb.. Allahuakbar!! bile igt balik aq time remaje dlu2, malunyer ase, x pernh nk ttup aurt dgn smpurna. Aq ni biase2 jer, pakai sluo jean, bju tshirt ketat tp ttap bertudung.. mase tu x pikir om pasal aurt nim, pikir nk bergaye jer lebih. x pikir om sal ayh aq y tggung dose aq, sbb aq nk bujang lagi, huhu :'(
Tp skrg Allahdulillah, bile aq byk mmbace tntang aurt kt fb, buku2, terdetik di hati aq nk berubah, nk ttup aurt se sempurna mgkin. Trmasok lah aurt dbhgian "kaki". aq still ttup sampai ke ari nim, Alhamdulillah sgt2 sbb Allah bgi peluang utk aq brubah. tp mmg ssh nk  truskn ttp aurt degn smpurna nim, n kwn aq pesan, law x kuat, prbykkn SOLAT dan BERDOA.. y tu la aq cbe amlkn skrg, brdoa berdoa n trus brdoa.. kalau bley sslulah kite ingtkn Allah, brulah kite rase kuat skit nk truskn hidp dengn berhijrah ke arh kebaikan..
Kadang2 trpikir jgop, aq perlukn sseorg y btl2 bley bimbng aq ke arah y lebih baik.. InsyaAllah, klu di izin kn Allah, dpt la sowg, cume perlu berdoa jer, hikhik.. Mood : Nk kawin sbrnrnye nim, hehehhe
Aq jge harp kwn2 aq jge diberi peluang utk berubah.. Amin :) k la, sampai sini jer dlu, kt luo umh dah hujan nim, mase utk angkt jemuran, hehe. assalamualaikum..