Allah is the best listener

Wednesday, December 18, 2013

Syahid di JalanMu, Ya ALLAH

Dengan Izin Mu Ya ALLAH

Malaikat Maut melawat kita 70 kali sehari

Dlm masa 24 jam malaikat maut akan melihat setiap manusia sbyk 70 kali. Andainya manusia sedar hakikat tersebut, nescaya dia tdk akan lalai mengingati mati. Disebabkan malaikat maut makhluk ghaib, manusia tdk dpt melihat kehadirannya. Justeru, tdk hairan jika ramai manusia yg masih mampu besenang lenang, riang ria & bergelak ketawa, seolah-olah mrk tiada masalah yg perlu difikir & direnungkan dlm hidupnya.

Sebuah hadis diriwayatkan Abdullah bin Abbas r.a. bahawa Rasulullwah SAW bersabda bermaksud: "Malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di atas muka bumi ini 70 kali dlm sehari. Ketika Izrail dtg merenung wajah seseorg, didapati org itu ada yg sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: "Alangkah hairannya aku melihat org ini, sedangkan aku diutus Allah SWT utk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok & bergelak ketawa."

Kata ulama, sakit tenat ditanggung seseorg, sbnrnnya satu rahmat bg mrk yg beriman & sabar. Allah SWT memberi peluang & menyedarkan manusia dgn kesakitan supaya mrk mengingati mati. Utk itu hasil drpd peringatan itu membolehkan seseorg itu menggunakan masa atau usia yg ada utk mmbetulkan kesilapan & bertaubat serta memperbaiki amalan bg menambah bekalan utk menghadapi alam terakhir setelah diuji di dunia.

Betapa malangnya bg pandangan org soleh itu jika Allah SWT mengambil roh dgn tiba-tiba tanpa sebarang amaran terlebih dahulu. Keadaan org spt ini ibarat org yg tdk menyedari adanya bahaya di hadapannya, jika tiada amaran terlebih dahulu nescaya dia akan menjerumus ke lembah bahaya itu.

Firman Allah SWT bermaksud: "Tiap-tiap umat menpunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mencepatkannya" (Surah Al-A'raf - Ayat 34)

Maka persiapkanlah dirimu..

No comments:

Post a Comment