Allah is the best listener
KEUTAMAAN HAUQALAH ( LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHI )
|
Musafir Kasih |
Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
“Siapa yang mengucapkan 'La Haula Wala Quwwata illa billahi,' maka ia
akan menjadi ubat kepada 99 penyakit. Yang paling ringan adalah
kebimbangan” (Hadis Riwayat Tabrani)
Berdasarkan hadis di atas
jelaslah kepada kita bahawa orang mukmin digalakkan untuk tabah dan
berusaha merawat penyakit asalkan mengikut peraturan agama. Penyakit
yang dimaksudkan itu ada terkandung dalam beberapa ayat al-Quran dan
hadis dari Nabi صلى الله عليه وسلم.
Daripada Anas, bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم berdoa dengan doa:
“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari penyakit sopak,
gila, penyakit kusta dan penyakit-penyakit yang berat.” (Hadis Riwayat
Abu Daud)
Apa yang penting pada hadis berkenaan ialah untuk
menyatakan kelebihan dan manfaat besar kepada orang yang banyak menyebut
"La Haula Wala Quwwata Illa Billah’" (yang bermaksud: Tiada daya dan
kekuatan (untuk menolak sesuatu kemudaratan dan mendatangkan suatu yang
manfaat) selain Allah subhanahu wa ta’ala).
Ucapan itu dinamakan "Hauqalah." Apabila kita ditimpa sesuatu yang kita tidak sukai, banyakkan menyebut "hauqalah."
Imam a-Nawawi berkata:
|| “La haula wa la quwwata illa billah”, itulah kalimah yang digunakan
untuk menyerah diri dan menyatakan bahawa kita tidak mempunyai hak untuk
memiliki sesuatu urusan. Ia kalimah yang menyatakan bahawa seseorang
hamba tiada mempunyai daya upaya untuk menolak sesuatu kejahatan
(kemudaratan) dan tiada mempunyai daya kekuatan untuk mendatangkan
kebaikan kepada dirinya melainkan dengan kudrat iradat Allah subhnahu wa
ta’ala juga."
Dalam sebuah hadis menyebut daripada Abu Zar radhiallahu’anhu, beliau berkata:
‘Aku berjalan di belakang Rasulullah صلى الله عليه وسلم, lalu baginda
berkata kepadaku: “Wahai Abu Zar, mahukah aku tunjukkan kepada kamu satu
perbendaharaan daripada beberapa perbendaharaan syurga? Aku berkata:
"Mahu ya Rasulullah". Baginda bersabda: “La Haula wala Quwwata illa
billah"’
Begitu juga hadis daripada Abu Musa radhiallahu’anhu, beliau berkata:
‘Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda kepadaku: “Mahukah aku
tunjukkan salah satu perbendaharaan dari perbendaharaan syurga? Saya
menjawab: “Mahu ya Rasulullah." Kemudian Baginda bersabda: "La haula
wala quwwata illa billah.”’
Daripada Ibnu Mas’ud beliau berkata: “Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
"Wahai Muaz, apakah kamu tahu tafsir (maksud) La haula wala quwwata
illa billah? 'Muaz menjawab: 'Allah dan rasul-Nya lebih mengetahui'.
Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: 'La haula (tiada daya) dari
menghindari maksiat kepada Allah melainkan dengan kekuatan Allah, wala
quwwata (tiada kekuatan) atas mentaati Allah melainkan dengan
pertolongan Allah subhanahu wata’ala. Kemudian Rasulullah صلى الله عليه
وسلم menepuk bahu Muaz dan baginda bersabda: “Demikianlah yang
diberitahu oleh kekasihku Jibril daripada Tuhan.”
Sebenarnya
apabila kita banyak menyebut Allah subhanahu wa ta’ala atau berzikir
mengingati-Nya sebanyak-banyaknya, ia mampu menjadi penyembuh, tetapi
sekiranya kita banyak ingat kepada manusia ia boleh menjadi penyakit.
Sahabat yang dimuliakan,
Sepanjang kita hidup di dunia ini adakah kita pernah bertemu dengan
perasaan gelisah, dukacita, kecewa, putus asa, forbia, bimbang, risau,
takut dan panas baran? Sebagai manusia biasa pasti perasaan-perasaan
tersebut pernah kita lalui. Sebenarnya sejauhmana kita mampu mengawal
perasaan dan emosi kita adalah bergantung tahap keimanan dan ketakwaan
kita kepada Allah subhanahu wa ta’ala. Orang mukmin tidak akan putus asa
daripada rahmat Allah subhanahu wa ta’ala.
Jika kuat iman kita
dan keyakinan kita kepada janji-janji Allah subhnanhu wa ta’ala [dalam
al Quran dan Hadis-Hadis Rasulullah ] maka semua masaalah akan dihadapi
dengan tenang dan sabar dan sentiasa ingat kepada Allah subhanahu wa
ta’ala.
Orang mukmin akan mengucapkan kalimah “La Haula wala
Quwwata illa billah.”berulang-ulang kali insya Allah semua masaalah yang
dihadapinya akan menjadi mudah dan dapat diatasi dengan tenang. Allah
subhanahu wa ta’ala akan memberikan jalan penyelesaian dengan cara yang
tidak di duga dan ini adalah rahmat Allah subhanahu wa ta’ala dan berkat
atau kelebihan mengucapkan kalimah "hauqalah"
No comments:
Post a Comment